Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: 'Ibarat selepas gaduh, makin sayang dan kian erat'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toh.jpg
Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli, beranggapan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bijak dalam menyusun matlamat mereka meskipun sebelum ini berpisah sementara sebelum kembali bergandingan semula.

Ini susulan wakil negara itu membuktikan sebarang krisis mampu dinoktahkan dan 'diselesaikan secara baik' untuk mereka kembali bangkit di dalam gelanggang dan bergelar juara dunia. 

 



"Ibarat selepas bergaduh, makin sayang dan kian erat. Mereka sedar matlamat utama yang diburu tidak akan tercapai jika terus berpecah.

"Apa yang berlaku ini membuktikan salah faham boleh diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan prestasi di gelanggang.

 



"Kini Nova (jurulatih) berjaya mencipta legasi baharu dengan menggilap Tang Jie–Ee Wei sehingga bergelar juara dunia." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mereka yang turun selaku pilihan keempat Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 menewaskan gandingan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, menerusi aksi straight set, 21-15,21-14, dengan memperagakan aksi bertenaga untuk dinobatkan sebagai juara.
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video