Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: 'Harapan saya ada perseorangan lelaki, wanita ke final'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashiddd.jpg
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996, Datuk Rashid Sidek, meletakkan harapan agar suatu hari nanti bakal munculnya pemain perseorangan lelaki dan wanita negara yang akan beraksi di pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia. 

Ini susulan kejayaan dua wakil negara yang mencipta sejarah tersendiri mara ke pentas akhir menerusi acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah.

"Harapan saya untuk kehadapan untuk ada wakil perseorangan lelaki dan wanita untuk sekurang-kurangya masuk ke pentas akhir dan juga menjadi juara.

"Kerana tidak pernah dan itu yang kita ketandusan." katanya.

Untuk rekod, dia yang juga pemain perseorangan lelaki suatu ketika dahulu pernah membantu negara menjulang Piala Thomas 1992.
 

Advertisement

Must Watch Video