Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Hadiah Hari Kemerdekaan! Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah di bumi Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memberikan hadiah bermakna buat Malaysia hari ini selepas dinobatkan juara Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 di Adidas Arena, sebentar tadi.

Wakil negara yang turun selaku pilihan keempat kejohanan itu mempamerkan aksi yang menyakinkan dalam awal set pertama untuk mendahului 13-7, rentak itu diteruskan menerusi kemenangan 21-15 dalam tempoh 19 minit.

Pilihan kedua kejohanan dari China itu terpaksa akur meskipun cuba mengheret Tang Jie-Ee Wei ke set penentuan, namun ketenangan wakil negara memastikan mereka mencipta sejarah di bumi Paris untuk 21-14 sekali gus menjadi wakil negara dalam beregu campuran menjuarai kejohanan itu selepas 48 tahun.

Advertisement

Must Watch Video