Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: 'Bawa balik pingat sempena Hari Kemerdekaan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mantee.jpg
'Dalam kejohanan ini, ranking tinggi atau rendah tidak penting kerana semua orang mahu menang'

Itu penjelasan beregu lelaki nombor tiga negara, Man Wei Chong, selepas diminta mengulas hasil undian yang dijalankan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada rabu.

Dia yang bergandingan Tee Kai Wun menerima 'bye' di pusingan pertama, sebelum dijangka berdepan cabaran adik-beradik dari Perancis, Toma Junior Popov-Christo Popov di pusingan kedua dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.. 

Sementara pusingan ketiga pula dijangka menentang gandingan England, Ben Lane–Sean Vendy.

Jika mara ke suku akhir, gandingan nombor tujuh dunia itu berdepan misi berat iaitu menentang pasangan yang belum pernah mereka tumbangkan iaitu beregu sensasi Korea Selatan, Seo Sung Jae–Kim Won Ho.

 

Walaupun cabaran besar menanti, sasaran untuk meraih pingat pada Hari Kemerdekaan menjadi pembakar semangat buat Man-Tee.

"Kami tidak memikirkan langsung mengenai perkara itu. 

"Ia penting tapi tidak begitu penting. Mungkin, kami kekurangan kelebihan. 

"Apa paling penting ialah prestasi di atas gelanggang.

"Kami berharap dapat membawa pulang pingat untuk Malaysia, namun kami tidak mahu berfikir banyak sangat," katanya di Nadi Weekend. 
 

Advertisement

Must Watch Video