Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Arif-Roy King selesa bawa status bukan pilihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-roy-king.jpg
Beregu muda negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, tampak selesa membwa status bukan pilihan menjelang penampilan sulung mereka dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.

Gandingan negara itu baru sahaja mengecap gemilang menjuarai Kejohanan Terbuka Macau awal bulan ini tetapi mengakui masih banyak perlu diperkemaskan dalam baki beberapa hari sebelum ke kejohanan itu.

"Kejohanan Dunia merupakan impian buat semua pemain badminton. Saya juga tidak sangka kami akan layak ke kejohanan ini," kata Roy King kepada wartwan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Saya rasa kami perlu melihat dari satu langkah ke satu langkah. Memang kami juga mahu mendapatkan pingat tetapi semua lawan kami juga bersedia dengan baik untuk kejohanan ini.

"Kami akan memberikan 100 peratus dan melihat bagaimana keputusan yang akan kami dapat.

"Kami akan turun selaku bukan pilihan dan walaupun sudah pernah menjuarai kejohanan sebelum ini, kami tetap perlu berusaha keras dan sentiasa belajar kerana banyak yang perlu kami perbaiki.

"Harap-harap kami dapat menyerlah dalam Kejohanan Dunia nanti," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video