Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Arif-Roy King benam wakil Jepun di Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arff.jpg
Pasangan beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, bermula langkah kanan dalam penampilan sulung di pentas Kejohanan Dunia BWF 2025 di Arena Adidas, Paris, Perancis, sebentar tadi.

Wakil negara di ranking ke-23 dunia itu menewaskan lawan dari Jepun, Kenya Mitshuhashi-Hiroki Okamura, menerusi aksi straight set 21-5,21-13 untuk mara ke pusingan 32 esok.



 

Perlawanan berdurasi 27 minit itu menyaksikan wakil negara turun dengan keyakinan tinggi untuk mendominasi set pertama dengan kemenangan 21-5, malah momentum itu diteruskan meskipun menerima saingan sengit dalam set kedua untuk menang 21-13.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama Arif-Roy King di pentas berprestij itu.

Mereka akan berdepan lawan dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapool Puavaranukroh, esok.
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video