'Satu kejutan yang tidak dijangka'
Itu reaksi legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, selepas kejayaan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul pasangan beregu campuran pertama negara menjadi juara dunia.
Lebih mengejutkan apabila mereka mendominasi pasangan dari China dalam aksi straight set 21-15, 21-14 dan hanya mengambil masa 40 minit sebelum dinobat selaku juara.
Ini termasuk kecemerlangan Pearly Tan-M.Thinaah yang berjaya lolos ke final, walaupun tewas tetapi pingat perak buat negara tetap bermakna.
"Persembahan mereka amat memberangsangkan.
"Tidak banyak kesilapan yang mereka lakukan. Mereka sentiasa di hadapan dengan keyakinan yang tinggi.
"Kita juga harus berbangga dengan pencapaian beregu wanita negara. Sekurang-kurangnya ada pingat perak," kata wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Pemenang pingat emas Piala Thomas 1992 itu juga mengakui sedih dengan prestasi kem beregu lelaki negara yang gagal pergi jauh untuk edisi kali ini sambil berharap mereka mampu bangkit pada masa akan datang.
"Kita ada empat wakil beregu lelaki dalam kejohanan kali ini.
"Agak sedih mereka tidak berjaya ke separuh akhir.
"Aaron Chia dan Soh Wooi Yik daripada segi prestasi dan kedudukan selaku ranking kedua sepatutnya lebih matang dan berusaha atau lebih berjaya ke peringkat akhir.
"Kita harap mereka akan sentiasa terus berusaha membawa kejayaan pada masa akan datang," tambahnya.