Selepas mengetepikan cabaran Kazakhstan, skuad lelaki negara kini fokus terhadap misi muncul juara Kumpulan B, Kejohanan Berpasukan Asia.
Malaysia menepati ramalan di Manila, Filipina apabila mudah menewaskan Kazakhstan 5-0 untuk memimpin carta Kumpulan B.
Pemain perseorangan nombor satu yang juga kapten kebangsaan, Lee Zii Jia, menegaskan kemenangan itu bukan sahaja penting untuk keyakinan tetapi keperluan menyesuaikan diri dengan gelanggang di Coliseum Memorial Rizal.
"Ia penting untuk keyakinan dalam diri kerana stadium ini agak baru untuk saya. Jadi, saya harap ia akan membuatkan aksi esok lebih mudah," katanya.
Zii Jia dijangka mencongak perhitungan dengan dengan bekas pemain nombor satu dunia, K. Srikanth, dalam pertemuan menentang India esok.
Dalam masa sama, dua lagi perseorangan utama India, Lakshya Sen dan Dey Subhankar, yang mengisi kelompok 50 terbaik dunia turut menawarkan gambaran cabaran sukar bakal menanti Malaysia.
"Mungkin ini kali pertama saya bertemunya, sebelum ini belum pernah. Jadi, memang saya gembira kerana dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia, hanya Srikanth yang tidak pernah saya temui. Saya juga harap rakan sepasukan lain menampilkan aksi terbaik dan membuktikan kemampuan," tambah Zii Jia.
Editor: Nafis Abdullah