Ketua Jurulatih Remaja Kebangsaan, Jeffer Rosobin optimis dengan peluang Malaysia dalam acara beregu campuran kerana menyifatkan undian yang dilihat mudah buat pemain negara pada Kejohanan Remaja Asia yang dijadual bermula pada 28 Julai ini di Yogyakarta.

Dalam undian yang dijadualkan pada Selasa, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Macau, Kazakhstan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Saya sudah melihat kekuatan-kekuatan China, Korea dan Indonesia.

"Aaron-Khang dalam kejohanan sebelum ini kita sudah lihat kekuatan-kekuatan itu, dari pasukan yang kuatlah.

"Setiap lawan kita mesti maksimumkan kita punya pasukan dan jadi nanti kita akan berikan strategi untuk pasukan yang kita akan lawan.

"Kita akan persiapkan setiap pemain dari awal saingan sampai akhir nanti.

Cabaran negara bakal diterajui beregu remaja sensasi negara, Aaron Tai dan Khang Khai Xing bersama Juara Bawah 18-tahun Kebangsaan, Roslie Razeeq Daniel - perseorangan lelaki dan Ong Xin Yee, perseorangan wanita.