Skip to main content

Badminton

Kejohanan Badminton Dunia: Tze Yong fokus analisis corak permainan lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, fokus dalam menganalisis corak permainan lawan menjelang pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark bermula 21 Ogos ini

Tze Yong akan membuka kempen dengan bertemu wakil China, Zhao Jun Peng.

Biarpun belum pernah bertemu lawan di ranking ke-25 dunia itu, Tze Yong, yang kini berada di ranking ke-22 dunia, mengakui perlu mengkaji segala gerakan lawan itu, yang juga merupakan pemenang pingat gangsa edisi tahun lalu.

"Saya akan mengkaji permainannya dengan jurulatih bagi menentukan strategi terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

"Masih ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki, antaranya daripada segi stamina, kekuatan dan kepantasan."
 

Advertisement

Must Watch Video