Berbaki 13 hari sebelum Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, tumpuan Malaysia pastinya terarah kepada persiapan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam mempertahankan gelaran beregu lelaki.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Lelaki Negara, Rexy Mainaky berkongsi kepada Nadi Arena soal prestasi semasa anak didiknya dan siapa pencabar kejuaraan mereka.
Rexy tidak berselindung di sebalik prestasi turun naik Aaron-Wooi Yik pada tiga kejohanan terakhir yang bersifat pemanas badan ke Copenhagen.
Di Terbuka Korea, juara dunia bertahan itu tersingkir di pusingan 16 terakhir sementara di Terbuka Jepun dan Australia pula di peringkat suku akhir.
Atas dasar itu, Rexy mengibaratkan persiapan mereka sebagai bersifat 'total badminton' dan bebas daripada sebarang gangguan luar.
"Kita harus kekal realistik susulan rekod yang cemerlang daripada pemain negara, ia bukanlah masalah daripada teknik, namun lebih ke arah bagaimana pemikiran serta psikologi mereka menjelang saingan Kejohanan Dunia ini," kata Rexy.
Dalam pada itu, Rexy meramalkan kempen mempertahankan kejuaraan buat Aaron=Wooi Yik bakal disukarkan dengan kebangkitan beregu berpengalaman.
Antaranya Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, juara bertahan Sukan Olimpik dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chilin serta bintang India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
"Kita dapat melihat beregu Jepun, Taiwan serta India memiliki rekod cemerlang dan telah mendapatkan keputusan yang positif.
"Jadi kami memiliki tempoh dua minggu untuk membuat persiapan secara menyeluruh dan memastikan mereka bakal mempertahankan kejuaraan di Denmark nanti."
Perkhabaran baik buat kem badminton negara apabila ada satu lagi tambahan tiket ke Kejohanan Dunia buat beregu wanita.
Gandingan Anna Cheong-Teoh Mei Xing, akan mengiringi Pearly Tan-M. Thinaah, serta Vivian Hoo-Lim Chiew Sien ke Copenhagen.
Jika limpahan tuah terus memihak Malaysia ada kemungkinan besar untuk Man Wei Chong-Tee Kai Wun jadi beregu lelaki ketiga Malaysia ke Kejohanan Dunia berdasarkan kuota simpanan kelayakan.
Berdasarkan perkiraan semasa termasuk Anna-Mei Xing, Malaysia memiliki 12 wakil yang sudah layak untuk ke Denmark.