BADMINTON
Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia medan persiapan hadapan Sukan SEA -- Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, menegaskan pemilihan kombinasi pemain muda dan senior dilakukan untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia bagi memberi pendedahan sebelum menghadapi Sukan SEA di Thailand Disember ini.
Keputusan tersebut dibuat sebulat suara setelah analisis data mengesahkan ia ramuan terbaik bagi Malaysia mencabar beberapa kuasa besar di rantau Asia.
Rexy percaya ia adalah ruang buat pemain muda menyerlahkan bakat mereka serta perkongsian berguna antara pemain muda dan senior bagi mencapai matlamat yang diidamkan.
Iklan
Antara wakil berpengalaman yang disenarai ke China bulan depan termasuk Goh Soon Huat dan Shevon Lai, Leong Jun Hao dalam perseorangan lelaki, serta pasangan Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee dalam beregu wanita, di samping naib juara Terbuka Indonesia 2024, Tee Kai Wun dan Man Wei Chong.
Must-Watch Video