BADMINTON

Kejohanan Badminton Asia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tempah tiket ke suku akhir

Najmi Iman 11/04/2024 | 13:38 MYT
Pasangan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke suku akhir susulan kemenangan ke atas pasangan beregu dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, dalam saingan Kejohanan Badminton Asia, petang tadi.
Ia merupakan pertembungan kali kedua, dan pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu berjaya menoktahkan kemenangan kedua berturut-turut selepas bergelut bermain selama satu jam sebelum menempah tiket ke suku akhir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan akhir permainan menyaksikan kedua-dua pasangan terpaksa bermain dalam tiga set dengan mata 18-21, 21-14, 14-21.
#badminton #Aaron Chia #Kejohanan Badminton Asia #Soh Woi Yik
;