Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, berkongsikan momen ketika dia berasa 'keliru' dalam memikirkan hala tujunya kariernya sebagai pemain badminton ketika terpalit masalah kecederaan panjang.
Pemain berusia 25 tahun itu berfikir sedemikian selepas dua pembedahan yang dilaluinya sebelum ini masih tidak sembuh sepenuhnya, meskipun sudah melakukan saranan doktor namun kesakitan masih dirasai Tze Yong.
Namun, tekanan itu dihadapinya dengan baik dengan sokongan keluarga dan semangat untuk bangkit dengan kini dia fokus dalam setiap perlawanan yang disertainya.
"Sudah tentu (pernah terfikir untuk bersara). Sebab selepas dua pembedahan pun, kecederaan masih tak sembuh. Saya jadi keliru masa tu, sebab sudah buat semua yang doktor sarankan, tetapi kesakitan masih ada.
"Saya memang suka main badminton. Pernah berasa nak putus asa, saya pun tidak tahu, sebab saya masih nak main. Keluarga pun banyak sokong dan tak beri tekanan, itu bantu saya teruskan.
"Rasa semakin baik setiap perlawanan. Selepas setiap aksi, saya lebih jelas apa yang perlu diperbaiki. Sekarang ni saya tak rasa sakit, sebab tu saya boleh buat semula aksi seperti dulu, termasuk melompat smash dan terjunan.
"Saya memang mahu menang semua perlawanan, tetapi saya perlu fokus satu demi satu. Bagi kejohanan ini, saya akan beri segalanya. Dulu hanya fikir mahu menang sahaja. Tapi selepas kecederaan, saya belajar banyak perkara.
"Saya sedar bukan semua perlawanan perlu dimenangi dengan tergesa-gesa, tapi kena fokus pada kualiti permainan." katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, kemunculan semula Tze Yong sejak dibelenggu kecederaan belakang tahun lalu menyaksikan dia terkandas dalam pusingan 32 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 pada April lalu.

"Ng Tze Yong hanya jalani pemulihan sepanjang tahun ini" - Jasmiza Khuzairi
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 27, 2024
Speedy recovery Ng Tze Yong!??? pic.twitter.com/SJjxOQkBaA