BADMINTON
Kecederaan halang Cheam Jun Wei lepasi pusingan pertama
Pemain perseorangan negara, Cheam Jun Wei, terpaksa akur dengan kecederaan yang dihadapinya ketika berdepan lawan dari Austria, Collins Valentine Filimon, apabila terpaksa menghentikan perlawanan pada set kedua kerana mengalami kecederaan, sebentar tadi.
Seawal set pertama lagi, aksi Jun Wei seakan-akan kurang memuaskan dan bergelut untuk menunjukkan prestasi sebenar selepas ditinggalkan dengan jurang lima mata walaupun dia cuba bangkit memberikan saingan pada pertengahan perlawanan tetapi lawan yang bijak mengambil kesempatan memberi peluang untuk lawan meraih kemenangan 16-21.
Iklan
Dalam set kedua pula perlawanan terhenti selepas Jun Wei cuba memberikan saingan mengejar lawan sehingga 3-3 sahaja apabila dirinya tidak dapat meneruskan dalam perlawanan yang hanya berlangsung dalam 19 minit.
Pemain di kedudukan ke-60 dunia itu sebelum ini melangkah ke peringkat suku akhir pada Kejohanan Badminton Master Orleans 2024, selepas menewaskan tewas pada lawan dari Japun, Koo Takahashi.
Must-Watch Video