Skip to main content

Badminton

Keadaan Wong Tat Meng makin positif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tatt.jpg
Bekas jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, yang berada dalam proses pemulihan difahamkan menunjukkan perkembangan positif selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Australia baru-baru ini.

Menurut laporan, dua buah motosikal bertembung di Putty Road, Garland Valley dengan dia dikejarkan ke New South Wales oleh pasukan perubatan dalam keadaan kiritkal.

Jurulatih berusia 58 tahun itu sebelum ini pernah membimbing perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sekali gus membawa pulang pingat gangsa.





Berdasarkan perkongsian Roketto Badminton di laman Facebook berkongsikan: "Semalam, buat kali pertama dia telah diletakkan di atas kerusi roda yang membolehkan beliau menjalani senaman pemulihan dan menikmati udara segar di luar.

"Beliau kini sudah boleh berbual dengan jelas bersama pelawat dan pasukan perubatan, selain mula beralih kepada pengambilan makanan kisar." katanya.
 
Supplement

Multivitamin Untuk Semua

Dapatkan multivitamin Blackmores ini untuk bantu badan anda sihat dan cergas.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video