BADMINTON
Kasut koyak, raket pinjam, adik Nubhan viral guna selipar nak ambil gambar diraikan pempengaruh Sabah
Adik Nubhan, yang sebelum ini tular menggunakan selipar untuk mengambil gambarnya selepas memenangi satu kejohanan B-12 di Tawau, Sabah, diraikan oleh seorang pempengaruh media sosial negeri itu.
Dalam satu kiriman video pemilik akaun Tiktok, adrianedy7, kanak-kanak itu difahamkan berusia lapan tahun dan kejohanan itu merupakan kejohanan pertama disertainya dan berhasil mendapatkan tempat kedua.
Pempengaruh berkenaan menghadiahkan adik Nubhan sebatang raket, sepasang kasut, dan tiga helai baju baru.
Iklan
Ia mendatangkan kegembiraan buat kanak-kanak itu, memandangkan satu-satunya kasut badminton yang digunakannya sudahpun terkoyak dan dia sebelum ini meminjam raket kakaknya untuk menyertai kejohanan itu.
Semoga adik Nubhan dapat terus berjaya dalam sukan badminton dan semoga dia dapat membesar menjadi seorang jaguh yang akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.
@adrianedy7 Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang, masa tu semua orang sibuk tidak dapat tolong dia ambil gambar, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju, moga adik Nubhan berjaya capai cita cita dia ? #fyp #adrianedy ♬ original sound - Adrian Edy
@adrianedy7 Syukur rezeki adik Nubhan, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut, baju untuk dia pakai main badminton, Nubhan kata dia akan berusaha bersungguh sungguh untuk capai impian dia untuk jadi seorang pemain badminton yang berjaya nanti ? #fyp #adrianedy ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Must-Watch Video