Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, mempercayai impak Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 yang diraih gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, jelas kelihatan apabila pasangan meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut akan lebih matang dan menunjukkan keyakinan tinggi di atas gelanggang dengan ‘mentaliti juara’.
Kenny juga sentiasa berharap ramuan jurulatih berkesan dan ini adalah batu loncatan untuk menjayakan misi emas pertama Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Berdasarkan senarai pungutan pingat keseluruhan, Malaysia berada di tempat kedua mengekori China dan ia sememangnya pencapaian memberangsangkan seiring menuju kejohanan besar selepas ini.
"Jika kita mendapat kejayaan, ia bukan sekadar memberi perangsang kepada pemenang, malah rakan sepasukan juga akan menerima impak besar," katanya di Nadi Arena.
Ketika ditemui oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Kenny turut mendedahkan tentang perkembangan positif Ng Tze Yong tatkala menjalani pemulihan dan berharap dia akan kembali menyertai kejohanan seawal Februari hadapan.
"Saya baru diberitahu bahawa dia sememang rajin menjalani fisioterapi di Institut Sukan Negara (ISN).
"Setakat ini, dia mengikuti segala program oleh ISN.
"Kami berharap dia kembali secepat mungkin. Jika boleh, kami mahu dia kembali seawal Februari 2026," tambahnya.
Gear Up Sekarang

TERKINI ? on status Ng Tze Yong: Datuk Kenny tegaskan Tze Yong progress well on recovery dan mengikut perancangan akan diturunkan pada Feb 2026?
— Faizal Bazari (@faizalbazario) September 9, 2025
More on Nadi??@ASTROARENA pic.twitter.com/wDztjR4ZEA
"Saya baru diberitahu bahawa dia sememang rajin menjalani fisioterapi di Institut Sukan Negara (ISN).
"Setakat ini, dia mengikuti segala program oleh ISN.
"Kami berharap dia kembali secepat mungkin. Jika boleh, kami mahu dia kembali seawal Februari 2026," tambahnya.

Dominasi Gelanggang
Dari servis hingga smash, nikmati prestasi raket yang mantap setiap perlawanan.
Gear Up Sekarang