Jurulatih dilantik perlu punyai kriteria keperluan pemain -- Kien Keat

Ammar Hakim
Disember 25, 2024 18:08 MYT
Susulan situasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengemukakan cadangan pengganti Tan Bin Shen serta menyerahkan segala keputusan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memilih calon terbaik bagi membimbing mereka ke satu tahap lebih tinggi.
Sebelum ini antara nama yang dikatakan bakal menggantikan Bin Shen adalah Mathias Boe dari Denmark, Herry Iman pierngadi dari Indonesia mahupun Flandy Limpele yang pernah membawa beregu lelaki negara itu meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo bakal kembali mengisi kekosongan itu.
Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat berpendapat, sesiapapun yang menjadi pilihan BAM perlu mempunyai kriteria memahami keperluan pemain negara selain beza masa menjadi keutamaan jurulatih itu mempamerkan sentuhan tersendiri.
"Paling penting adalah untuk mempertingkatkan mutu permainan pemain tersebut. Walaupun jurulatih itu cukup berkualiti, jika tidak dapat mencari kesesuaian dengan pemain keputusan tidak akan terhasil," kata Kien Keat menerusi Nadi Arena.
"Perancangan harus dimuktamad dalam masa terdekat kerana perjalanan empat tahun sebenarnya bukanlah terlalu jauh jadi kita mahu memastikan persiapan mereka berjalan lancar."
#badminton
;