Pemain badminton perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tetap puas dengan prestasinya selepas menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka dalam aksi peringkat kumpulan kempen Piala Sudirman yang baru saja berakhir baru-baru ini.
Menurutnya, kemenangan itu cukup untuk memberikannya suntikan semangat baharu selain keyakinan yang tinggi buatnya yang kini menduduki ranking ke-24 dunia ketika ini.
"Kemenangan ke atas Naraoka sememangnya meningkatkan keyakinan saya dan saya dapat lebih banyak keyakinan daripada perlawanan itu," katanya ditemui pada sesi latihan pada Selasa.
Baginya, kejayaan turut dirasakan apabila kali pertama dilantik sebagai kapten pasukan dan mampu memimpin rakan-rakan yang lain sehingga ke peringkat suku akhir pada kejohanan tersebut yang berlangsung di Gimnasium Xiamen Fenghuang.
Dalam aksi berdepan dengan Naraoka, Jun Hao mencatat kemenangan dengan 21-8, 13-21, 21-18.
Bagaimanapun dia tewas kepada pemain nombor satu dunia Shi Yu Qi dari China di peringkat suku akhir kejohanan tersebut.
Namun jelasnya ia tidak akan mematahkan semangat untuk beliau terus bangkit dengan prestasi yang lebih baik selepas ini.
Malah pemain itu yakin di bawah kendalian Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen, prestasinya akan mampu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"Saya kini semakin membiasakan diri dengan gaya kejurulatihannya (Jonassen), tetapi saya masih perlu mendapatkan lebih banyak tunjuk ajar daripadanya," katanya.
Beliau juga berharap agar kemampuanya mampu diperbaiki lagi menjelang aksi saingan di Terbuka Thailand 2025 yang akan berlangsung dari 13 hingga 18 Mei ini.