Perseorangan profesional negara, Jacky Kok, meluahkan rasa kecewa apabila namanya sekali lagi tidak didaftarkan untuk menyertai kejohanan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ini selepas namanya tiada dalam senarai didaftarkan bagi Kejohanan Antarabangsa Sydney dan Allianz Malaysia Super 100 bulan depan.
Dalam satu hantaran IG Story, pemain berusia 23 tahun itu, yang pernah membantu skuad negara memenangi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) pada 2022, berkata: "Saya sudah tidak tahan, saya bersuara kerana ini tidak boleh terus berlaku kepada saya atau orang lain.
"Sebagai seorang pemain bebas, dan untuk setiap pemain bebas yang lain, BAM meminta nama dihantar 14 hari sebelum tarikh tutup rasmi kejohanan. Untuk kejohanan bulan Oktober, Kejohanan Antarabangsa Sydney dan Allianz Malaysia Super100, tarikh tutup adalah 9 September 2025.
"Jadi, saya telah menghantar permohonan dengan surat rasmi pada 23 Ogos 2025, iaitu tiga hari sebelum tarikh akhir sebenar pada 26 Ogos 2025.
"Bagaimanapun, nama saya masih tidak didaftarkan dan saya diabaikan oleh orang yang ditugaskan walaupun saya telah menghubunginya secara terus.
"Tahun ini, nama saya telah tertinggal sebanyak dua kali -- kali pertama pada Mac lalu, dan kini sekali lagi pada Oktober -- walaupun saya telah mendaftar lebih awal daripada tarikh akhir."

Dalam hantaran berikutnya, Jacky menambah: "Kebimbangan saya adalah terhadap orang yang bertanggungjawab dan mereka yang sepatutnya menguruskan perkara ini.
"Saya sudah hubungi orang yang bertanggungjawab itu tetapi tidak menerima sebarang jawapan. Adakah orang yang bertanggungjawab itu berasakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan? Kami benar-benar tidak tahu siapa lagi yang perlu dirujuk selain daripada orang yang bertanggungjawab itu.
"Adakah bantuan hanya diberi kepada mereka yang anda pilih, dan yang lain diabaikan?
"Ini tidak terasa seperti satu kesilapan. Ia terasa seperti disengajakan.
"Pemain bekerja keras untuk bertanding tetapi kami terhalang jika prosedur asas seperti ini pun dinafikan?
"Saya tahu ini pernah berlaku sebelum ini dan saya percaya saya bukan satu-satunya yang menghadapinya.
"Saya percaya ada orang lain melalui perkara sama tetapi tidak bersuara. Kami hanya mahukan layanan yang adil.
"@ba_malaysia, ini tidak boleh diterima. Dalam hal ini, semua pemain berhak mendapat penghormatan dan keadilan yang sama," luahnya lagi.

Stadium Astro dimaklumkan bahawa setiap pemain profesional perlu melakukan pendaftaran melalui Persatuan Badminton Negeri masing-masing.
Jacky difahamkan sudah dihubungi Persatuan Badminton Kedah dan sudah menurunkan hantaran berkenaan.
PB Kedah dikatakan sudah mengadakan perbincangan dengan pemain itu.