BADMINTON
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular -- Lee Chong Wei
Bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat masyarakat dunia khusunya yang menyambut perayaan itu.
Dia dalam nada gurauan turut mengucapkan: "Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular", menerusi laman Facebook miliknya.
"Selamat Tahun Baru Cina! Mari kita cipta lebih banyak kenangan manis bersama pada tahun Ular Ini!
"Selamat maju jaya untuk tahun yang penuh harapan ini! Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular." katanya.
Selamat Tahun Baru Cina Datuk Lee Chong Wei.
Untuk rekod, Chong Wei antara yang bersuara agar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) agar memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang demi kesihatan pemain lebih terbela.
Ini susulan beberapa insiden ketika kejohanan badminton berlangsung yang menafikan pemain untuk mendapatkan rawatan sekali gus memaksa pemain beraksi dalam keadaan bergelut dengan kesakitan.