Johor Bahru diserbu peserta Astro Kem Badminton
Shaiful Shamsudin
Mei 10, 2024 18:59 MYT
Mei 10, 2024 18:59 MYT
Astro Kem Badminton yang berkunjung ke selatan tanah air di Kompleks Sukan Daiman, Johor Bahru, terus mendapat sambutan hangat.
Keretakkan jari kaki tidak menjadi halangan T. Lekshmi untuk terus memujuk ayahnya untuk membenarkan dia menyertai Astro Kem Badminton kali ini memandangkan ini adalah peluang terakhirnya kerana dia sudah mencapai had umur penyertaan.
"Anak saya sendiri yang minta kebenaran daripada saya untuk menyertai Astro Kem Badminton.
"Jadi saya bawalah dia untuk pendedahan berkesempatan berlatih dengan bekas pemain kebangsaan.
"Mana tahu dia berpeluang menyertai sekolah sukan atau Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Memang dari kecil dia minat ke sekolah sukan jadi ini salah satu peluangnya," kata bapa peserta, A. Thanavindan.
Seorang lagi peserta, Law Yu Xiang, antara yang setia menyertai kem anjuran Astro Kasih-kolaborasi bersama Felet dan Carrie Bacbuster ini sejak berumur 10 tahun berharap dapat terpilih ke kem latihan bersama BAM.
"Saya boleh jadi pemain kebangsaan dan menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei yang mempunyai kemahiran dan kekuatannya.
"Cita-cita boleh dipenuhi asalkan saya gigih dan terus berlatih," katanya pula.