Skip to main content

Badminton

Jodoh Pearly-Thinaah, BAM kekal sehingga Sukan Olimpik 2028?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thinah.jpg
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh, berkongsikan mengenai perbincangan kontrak beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, yang berjalan dengan baik dan memberikan signal positif.

Pasangan beregu Wanita nombor tiga dunia itu difahamkan akan kekal bernaung dibawah badan induk itu sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Malah, juara Terbuka Thailand 2025 itu juga dijangkakan akan menandatangani kontrak baru minggu ini, sebelum terbang ke Tokyo untuk menyertai Terbuka Jepun pada Selasa depan.

Perbincangan akhir masih berjalan melibatkan satu syarat yang dijangkakan dapat diputuskan dalam tempoh beberapa hari lagi.


 


"Seperti yang Presiden BAM maklumkan perbincangan mereka sangat positif, jadi tunggu sebelum saingan Terbuka Jepun ini lagi beberapa hari," katanya.

Selepas Terbuka Jepun, Pearly-Thinaah dijadualkan akan menyertai saingan Terbuka China dari 22 hingga 27 Julai, sebelum turun beraksi dalam Kejohanan Dunia di Paris.

Dalam empat kejohanan terakhir tahun ini, mereka memperagakan aksi cemerlang apabila merangkul gelaran Terbuka Thailand dan muncul naib juara Terbuka Indonesia, selain mara ke separuh akhir Malaysia Masters dan suku akhir Terbuka Singapura.

Terdahulu, dia turut menzahirkan keterujaan apabila diberikan mandat sebagai Timbalan Chef De Mission untuk temasya Sukan SEA Thailand pada Disember ini.

"Sudah tentu itu satu penghargaan tetapi rasa rendah diri yang yang dilantik itu legenda sukan kecuali saya yang merupakan pentadbir sukan.

"Saya baru terima berita ini semalam, ini satu penghargaan dan satu cara saya menyumbang untuk negara dan sukan. Apabila sudah ada maklumat lebih kami akan kongsikan." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video