Skip to main content

Badminton

Jika Zii Jia perlu bantuan, BAM sedia bantu -- Kenny Goh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zioi-jia.jpg
Keadaan pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, kini dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di Pusat Perubatan Aspetar di Doha, Qatar kelmarin.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan bahawa Pusat Perubatan Aspetar dicadangkan oleh Institut Sukan Negara dan dipersetujui naib juara Terbuka Arctic 2022 itu, berikutan kepakaran pusat perubatan sukan berkenaan pernah merawat bintang bola sepak Eropah ternama seperti Erling Haaland dan Neymar.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh, memaklumkan fokus kini beralih kepada fasa pemulihan yang dijangkakan mengambil masa antara empat hingga enam minggu di Qatar.

"Setakat ini apa yang kami terima semua dalam keadaan baik, pembedahan selama dijalankan. Yang penting program pemulihan dan harap dia dalam mengikuti dengan tekun.


 



"Dijangkakan (pemulihan) empat minggu tetapi lihat pada keadaannya nanti," katanya.

Tze Yong sebelum ini sempat beraksi dalam empat kejohanan sejak April lalu, selepas kembali daripada pembedahan tulang belakang pada 2023.

Namun malangnya, kecederaan ACL memaksa dia direhatkan semula sekali gus menjejaskan peluang untuk bangkit selepas diketepikan lebih setahun.

Sementara itu, Kenny turut meluahkan kesediaan BAM dalam membantu olimpian negara, Lee Zii Jia, andai memerlukan bantuan daripada apa-apa sudut.

Perkara itu susulan hantaran daripada hantaran tular di media sosial Zii Jia yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

"Sebagai badan induk kami mengambil tahu mengenai keadaan semua pemain. Saya percaya ramai cuba menghubungi dia termasuk ISN dan Menteri KBS. Jika dia memerlukan bantuan, kita sentiasa bersedia membantu dengan kepakaran yang ada." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video