Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan, berkongsikan kerjaya pilihannya iaitu untuk terlibat dalam E-Sukan sekiranya dia bukan seorang pemain badminton seperti hari ini.

Dalam perkongsiannya di Instagram, ketika ditanya mengenai kerjaya sekiranya pemain berusia 24 tahun itu bukan pemain badminton dia berkata: "Saya memilih E-Sukan, kerana saya suka bermain game terutamanya Mobile Legend Bang-Bang (MLBB)." katanya.

Dalam pada itu, pasangan beregunya, M.Thinaah, menjelaskan bahawa Pearly berpeluang untuk layak ke Sukan Olimpik sekiranya dia terlibat dalam E-Sukan.


A post shared by Thinaah Muralitharan (@thinaah_m)



"Saya rasa Pearly berpeluang layak ke Sukan Olimpik." tambah M.Thinaah.

Dalam pada itu, juara Terbuka Hong Kong itu turut berkongsikan pesanan kepada wanita yang ingin menceburi bidang sukan agar percaya pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa jika ingin berjaya.

"Jangan biarkan keraguan menjatuhkan anda dan jangan mudah putus asa. Percaya pada diri anda dan sasaran anda kerana tiada yang mustahil." tambah Pearly Tan.