Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, meneruskan rekod tanpa kalah dalam aksi Kumpulan B, dengan mengalahkan Srikanth Kidambi 21-19, 21-14 dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Keputusan itu sekaligus mengesahkan Zii Jia sebagai juara kumpulan yang layak ke aksi separuh akhir.
Bagaimanapun, Zii Jia mengakui masih tidak berada di tahap terbaik untuk menentang naib juara Kumpulan A Sabtu ini.
"Ia merupakan perlawanan yang agak sengit dan gembira melayakkan diri ke separuh akhir. Perjalanan dalam saingan ini cukup baik dan berharap untuk membuat persiapan dengan baik sekaligus menampilkan permainan yang lebih baik dalam separuh akhir," kata Zii Jia.
Ini juga merupakan kali kedua Zii Jia berjaya mengalahkan lawannya dari India itu selepas Terbuka Jerman, Jun lalu.
Seterusnya, Zii Jia bakal bertarung dengan seorang lagi pemain dari India, Lakshya Sen, di mana rekod pertemuan terakhir menyebelahi Sen yang pernah mengalahkan Zii Jia pada tahun 2016.
"Setakat ini, saya masih boleh memberikan persembahan terbaik kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dalam memastikan kualiti permainan yang lebih cemerlang mampu diterjemahkan di gelanggang."