Skip to main content

Badminton

Jelajah Dunia Akhir BWF: Razif Sidek letak harapan kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-wei-chong-tee-kai-wun.jpg
Bekas juara Piala Thomas 1992, Datuk Razif Sidek, menegaskan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, perlu memastikan mereka benar-benar pulih sebelum beraksi dalam Sukan SEA Thailand dan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025. 

Tegasnya, sasaran utama adalah meraih pingat emas dan mencipta kejayaan, bukannya pergi dalam keadaan tidak cergas lalu terpaksa menarik diri sebaik tiba di venue kejohanan.

Man-Tee melayakkan diri ke kejohanan bernilai RM2.5 juta itu selepas gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkandas dalam separuh akhir Masters Jepun semalam. 

"Kecederaan Tee Kai Wun tampak serius walaupun saya ingin lihat dia memberikan yang terbaik. 

"Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan bersungguh-sungguh untuk layak," katanya. 

Senada dengan Koo Kien Keat, Razif turut yakin Aaron Chia–Soh Wooi Yik mampu menamatkan badi lima penampilan sebelum ini tanpa melangkah ke separuh akhir di pentas elit itu.

"Kita ingin lihat pemain Malaysia ke final berbanding kejuaraan. 

"Kalau menang tetap bangga tapi ia dianggap bonus. 

"Saya harap mereka lebih bersedia untuk menghadapi pertandingan ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video