Skip to main content

Badminton

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aspek pengurusan jadual wajar diberi penekanan, kata Koo Kien Keat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia.jpg
Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, berharap Man Wei Chong–Tee Kai Wun memanfaatkan sepenuhnya penampilan pertama Jelajah Dunia Akhir BWF dalam misi mencapai prestasi tertinggi kerjaya mereka.

Lebih kurang sebulan menuju pertandingan di Hangzhou, China itu, Kien Keat mengingatkan pasangan nombor lima dunia itu supaya bukan sahaja fokus kepada persiapan, malah turut berbincang dengan barisan kejurulatihan mengenai langkah terbaik menguruskan jadual padat bagi mengelakkan kecederaan berulang.

"Jangan rasa sebarang tekanan dan teruskan dengan persembahan mereka. 

"Mereka harus ada program -- sama ada kalah awal mahupun ke final -- untuk menjaga tahap fizikal," katanya. 

Dalam masa sama, Kien Keat menyifatkan gandingan juara dunia 2022, Aaron Chia–Soh Wooi Yik, kini cukup matang dan perlu menamatkan kemarau tanpa separuh akhir selepas lima penampilan di kejohanan itu.

"Mereka sudah matang. 

"Mereka tahu bila perlu capai kemuncak prestasi dan yang penting terpulang kepada diri sendiri sekarang," katanya. 

Kien Keat turut berharap Fei-Din tidak menoleh ke belakang dan terus memperbaiki prestasi menuju musim 2026.

"Mereka perlu bina semula disiplin, bukan latihan yang banyak itu bermaksud sudah (menjanjikan) mutu permainan yang bagus. 

"Saya harapkan mereka letakkan komitmen, lebih-lebih sebagai pemain profesional bukan mudah. 

"Mereka perlu sentiasa rasa dahagakan kejuaraan," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video