Perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, bermula dengan langkah kanan bagi saingan Jelajah Akhir Dunia BWF apabila mengalahkan pemain Thailand, Kunlaut Vitidsarn 21-15, 21-16.
Zii Jia berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa kemenangan itu amat bermakna baginya apabila berjaya membalas dendam terhadap kekalahan yang dirasainya ketika Terbuka Swiss Jun lalu.
Zii Jia juga mengakui kemenangan tersebut membantu meningkatkan keyakinannya serta mengembalikan sedikit rentak permainannya sebelum mengharungi dua lagi baki perlawanan.
Zii Jia bakal bertemu dengan pemain daripada Perancis, Toma Junior dan untuk rekod, Zii Jia memegang rekod tiga kemenangan ke atas pemain tersebut pada tahun 2016 dan 2017.
"Semestinya, saya cukup gembira dengan kemenangan ini kerana selepas ini terdapat dua lagi perlawanan penting yang perlu diharungi," katanya lagi.
"Bertemu Toma, dia merupakan pemain yang meningkat naik dan bukan mudah untuk berdepan pemain sepertinya namun saya akan kekal positif untuk mendapatkan kemenangan."
Imej: @badmintonphoto_official