BADMINTON
Jelajah Akhir BWF: Peng Soon-Liu Ying kembali temui sentuhan terbaik
Gandingan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying seperti kembali ke zaman kegemilangan mereka apabila berjaya mengalahkan gandingan pilihan kejohanan daripada Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-17, 19-21, 21-16 dalam saingan Jelajah Akhir BWF.
Walaupun Peng Soon-Liu Ying ketinggalan beberapa mata pada set pertama dan ketiga mereka tetap berjaya kembali bangkit dengan menggunakan pengalaman mereka yang luas.
"Lawan kami menampilkan corak taktikal yang cukup baik dan beberapa pertukaran yang dilakukan memastikan kami menyesuaikan diri dengan permainan mereka sekaligus menang dalam perlawanan ini," kata Liu Ying.
Iklan
"Kemenangan ini amat melegakan dan ia merupakan satu perlawanan yang menarik dan mahu meneruskan persembahan ini."
"Saya sangat gembira dengan persembahan kami kerana berjaya menempatkan diri ke separuh akhir, berdepan lawan dari Jepun semestinya akan menampilkan permainan yang lebih baik dan saya serta Liu Ying akan cuba menampilkan aksi yang terbaik," kata Peng Soon.
Di samping itu, gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berjaya meraih kemenangan pertama mereka apabila mengalahkan gandingan Thailand, Jongkolphan Kittitharakul-Rawinda Prajongjai 23-21, 21-14.
Walaupun merupakan satu perlawanan yang sengit, komunikasi antara Pearly dan Thinaah membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengawal keresahan mereka sekaligus mengatur corak perlawanan yang betul.
Must-Watch Video