Malaysia kini mempunyai lima wakil berpotensi mencipta sensasi dalam Jelajah Akhir BWF 2025.
Antaranya, juara dunia beregu campuran 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Pearly Tan-M. Thinaah serta Goh Soon Huat-Shevon Lai yang sudah pun mengesahkan tempat.
Legenda beregu campuran negara, Goh Liu Ying, turut mengingatkan tiga wakil yang sudah layak supaya bijak mengatur masa dan pemilihan kejohanan berbaki bagi memastikan prestasi kekal konsisten menjelang aksi penutup musim ini.
Liu Ying juga menyedari saingan sengit untuk dua slot terakhir beregu lelaki antara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang kini berhempas pulas memburu tiket ke kejohanan idaman itu.
Begitupun, pemain perlu bijak mengatur persiapan bagi mengharungi cabaran dalam Sukan SEA Thailand yang bermula 13 Disember, manakala Jelajah Akhir BWF berlangsung dari 17 Disember.
"Pemain boleh kurangkan penyertaan kejohanan supaya dapat buat persiapan.
"Ada juga yang akan menyertai Sukan SEA (Thailand), jadi mereka perlu bersiap untuk ketahanan fizikal kerana akan berjuang dalam masa tiga minggu," katanya pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.
Pada masa sama, Liu Ying menyambut baik kehadiran Datuk Seri Lee Chong Wei ke Persatuan Badminton Malaysia (FAM) dan berharap ada ruang untuk memanggil semula bekas pemain kebangsaan yang pernah menjulang kejuaraan dunia serta Sukan Olimpik bagi menabur bakti dan mengukuhkan kem negara.
"ISN (Institut Sukan Negara) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) boleh mempertimbangkan atlet yang sudah bersara diberikan posisi. Pengalaman mereka sangat penting untuk membentuk bintang masa depan.
"Saya harap lebih banyak projek untuk bekerjasama," katanya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang