Jurulatih profesional negara, Ameer Zainuddin, berkata fokus beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, kini adalah bagi memulihkan keyakinan mereka untuk kembali cemerlang pada edisi 2026, tanpa terlalu berfikir sama ada slot kedua beregu lelaki negara di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 yang bernilai RM2.5 juta itu menjadi milik mereka atau sebaliknya.
Perkara itu susulan mereka yang perlu bersaing bersama rakan senegara yang berada di ranking enam dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
"Untuk FeiDin sudah tidak fokus untuk ke sana, musim ini mereka banyak turun naik. Fokus adalah untuk kembalikan keyakinan.
"Dapat atau tidak itu kami tidak terlalu memikirkannya," katanya.
Ameer turut menegaskan, berada dalam kelompok lima terbaik dunia mendatangkan tekanan, dan Fei-Din memerlukan masa untuk mengurus tekanan itu agar selesa kekal di kedudukan itu.
Sebelum ini, mereka berusaha ke arah itu, namun kini fokus beralih kepada mempertahankan kedudukan kerana ramai pemain lawan sedang mencari peluang untuk menewaskan mereka.
"Apabila berada di atas mungkin perlukan masa untuk mereka mengatasi tekanan itu. Kita tidak fokus pada perkara lain iaitu cara untuk kekalkan kedudukan mereka." tambahnya.
Grab Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.
Grab Sekarang