Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, pula meletakkan harapan tinggi kepada beregu lelaki nombor lima dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, untuk berjuang habis-habisan bagi melengkapkan slot kelima Malaysia ke Jelajah Akhir Dunia BWF 2025.
Persaingan merebut kian sengit di antara 'Man-Tee' dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang masing-masing memburu tiket ke kejohanan itu bagi mengiringi Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Pearly Tan-M. Thinaah serta Goh Soon Huat-Shevon Lai yang sudah mengesahkan tempat.
"Sebagai jurulatih, saya mahu melahirkan pemain terbaik dan atlet itu yang harus merasa (begitu).
"Kalau saya sebagai atlet -- sesudah menjalani persiapan rapi di samping mempunyai keinginan besar -- saya tidak mahu sekadar mengharapkan.
"Saya mahu pergi (berjuang)," katanya.
Dalam masa yang sama, pelantikan Chang Kim Wai sebagai penolong jurulatih beregu lelaki negara dijangka memberi nafas baharu kepada skuad kebangsaan.
Kim Wai membawa pengalaman luas termasuk empat tahun mengendali akademi badminton di China yang sesuatu yang dianggap mampu memperkasakan pembangunan pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Setiap minggu ada kejohanan diadakan di China dan menetapkan tahap tertentu (yang perlu dipenuhi)," katanya.