Jelajah Akhir BWF: Izzuddin Rumsani segak berbaju melayu di Hangzhou
Ammar Hakim
Disember 9, 2024 22:39 MYT
Disember 9, 2024 22:39 MYT
Pemain beregu profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani, memperagakan baju melayu menjelang permulaan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF yang bakal berlangsung di Shenzen, China.
Bersama pasangannya, Goh Sze Fei, gandingan itu menampilkan persembahan yang cukup cemerlang musim ini, menerusi beberapa kejohanan yang dimenangi sekaligus memberikan tiket beraksi di pentas Jelajah Akhir.
Gandingan yang turut dikenali 'FeiDin', diundi dalam Kumpulan A, bakal bertemu wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen serta dua beregu dari Chinese Taipei, Lee Jhe-Huei TPE-Yang Po-Hsuan dan Lee Yang-Wang Chi-Lin.