Skip to main content

Badminton

Isu pendaftaran kejohanan Jacky Kok sudah selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jacky-kok.jpg
Isu pendaftaran kejohanan membabitkan perseorangan profesional negara, Jacky Kok, difahamkan sudah selesai.

Semalam, pemenang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) pada 2022 itu, dalam siri hantaran di media sosial, meluahkan kekecewaannya apabila namanya tiada dalam senarai didaftarkan bagi Kejohanan Antarabangsa Sydney dan Allianz Malaysia Super 100 bulan depan.

Bagaimanapun, Stadium Astro dimaklumkan bahawa setiap pemain profesional perlu melakukan pendaftaran melalui Persatuan Badminton Negeri masing-masing.

Jacky difahamkan sudah dihubungi Persatuan Badminton Kedah dan sudah menurunkan hantaran berkenaan.

PB Kedah dikatakan sudah mengadakan perbincangan dengan pemain itu.

Advertisement

Must Watch Video