Skip to main content

Badminton

Isu kontrak Pearly-Thinaah jadi intipati utama lawatan Presiden BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tengku-zafrul.jpg
Datuk Seri Tengku Zafrul memulakan langkah pertama sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi lawatan rasmi ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini selepas pelantikan rasminya dalam Mesyuarat Agung Tahunan BAM yang ke-80 pada 10 Mei lalu.

Dalam kunjungan tersebut, dia memberi bayangan serius terhadap misi 100 harinya untuk membawa badan induk badminton negara itu ke tahap lebih tinggi, seiring dengan cabaran yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Turut menjadi intipati utama adalah status lanjutan kontrak baharu membabitkan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Nantikan perincian lanjut dalam Nadi Arena, 7.30 malam ini.
 

Advertisement

Must Watch Video