Skip to main content

Badminton

Iskandar Zulkarnain dedah sebab utama kembali ke BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iskandar.jpg
Demikian pengumuman Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang mengesahkan bekas perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, kembali ke pangkuan badan induk itu, ia dalam misi membawa perubahan terbaru meningkatkan martabat sukan tersebut di pentas antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, bekas pengendali pasukan Ireland itu akan memperkasa sektor perseorangan wanita bagi yang dilihat memiliki kepincangan berbanding kategori lain yang diungguli pemain berpengalaman.

Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, Iskandar menyifatkan kepulangan semula dirinya bakal menjadi tonik tambahan untuk mengembalikan kegemilangan sektor itu.

"Saya mempercayai program latihan ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, kerana bersifat jangka masa panjang.

"Ada perseorangan wanita yang sangat muda.

"Saya sangat yakin kita boleh mencapai matlamat dalam masa empat tahun," katanya di Nadi Arena.

Tambahnya, pengalaman di Ireland akan digunakan sebaiknya untuk membantu kem negara meraih pencapaian pada masa akan datang.

"Kualiti latihan di Ireland menjadi senjata utama saya dibawa ke Malaysia. 

"Saya akan bawa gaya permainan Eropah dan saya juga akan masuk ke gelanggang sebagai atlet uji cuba," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video