Skip to main content

Badminton

Iskandar mula lapor diri di BAM, bawa misi tersendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iskandar-zulkarnain.jpg
Iskandar Zulkarnain mula melapor diri sebagai ketua jurulatih baharu perseorangan wanita negara di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan membawa misi untuk menghidupkan semula bahagian itu.

Bekas perseorangan lelaki negara itu memulakan tugas semalam dan bersedia menghadapi cabaran besar untuk meningkatkan prestasi bahagian itu, yang dianggap paling lemah dalam skuad kebangsaan.

"Salah satu sebab utama saya menyertai BAM ialah kerana Kenneth Jonassen sendiri menghubungi saya untuk mengambil peranan ini. 

"Untuk dua minggu pertama, saya akan menganalisis skuad terlebih dahulu sebelum membuat perancangan yang lebih tertumpu kepada serangan dan kepantasan pemain.

“Perancangan kami adalah untuk pemain menjalani rejim latihan yang lebih intensif dengan sesi yang lebih singkat tetapi melibatkan lebih banyak set untuk meningkatkan intensiti. 

"Kami perlu menekankan kualiti berbanding kuantiti dalam latihan supaya sesi tidak menjadi membosankan,” katanya.

Jurulatih berusia 34 tahun itu kini mengendalikan 17 pemain di bawah bimbingannya, terdiri daripada sembilan pemain senior dan lapan pemain junior.

Sasaran utama Iskandar tahun ini adalah untuk membimbing skuad negara dalam Sukan SEA di Thailand.

Sebelum menyertai BAM, Iskandar pernah berkhidmat bersama pasukan kebangsaan Ireland sebagai jurulatih perseorangan.

Pencapaian terbesarnya adalah membantu peningkatan pemain perseorangan lelaki Ireland, Nhat Nguyen, yang kini berada di ranking ke-28 dunia.

Nguyen berterima kasih kepada Iskandar atas bimbingannya, sambil menyatakan jurulatih dari Malaysia itu membantunya berkembang sebagai seorang atlet dan individu.

Sepanjang kariernya, Iskandar pernah membantu Malaysia memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 2014 (acara berpasukan) dan Piala Thomas.

Dia juga muncul naib juara di Masters Malaysia 2016 selepas tewas straight set kepada Lee Chong Wei.
 
Whey Protein

Bina Otot Padu

Nutrisi penting yang jadi pilihan atlet untuk prestasi harian.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video