Pengorbanan ketika sambutan Aidilfitri adalah pengalaman yang tidak asing buat perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkranain Zainuddin, tetapi sambutan hari raya tahun ini meletakkan dia dalam situasi unik.
Buat kali pertama dalam kerjayanya, Iskandar akan meninggalkan isteri di tanah air tercinta selepas mendirikan rumah tangga 9 Februari lalu.
Pengorbanan itu terpaksa dibuatnya selepas kemerosotan ranking memaksa dia untuk beraksi dalam kejohanan bawahan dunia.
Perancangan untuk mengembalikan status sebagai antara terbaik Malaysia membawa dia ke Baku, Azerbaijan, dengan saingan bermula pada hari kedua Aidilfitri.
"Saya sudah biasa berhari raya di luar negara tetapi cuma kelainan kali ini terpaksa meninggalkan isteri di Malaysia," katanya.
Musim ini, Iskdandar yang merosot ke tangga ke-104 dunia sudah beraksi dalam lima kejohanan.
Prestasi terbaiknya ialah ketika penampilan kompetetif terakhir di pentas Super 100 dalam Masters China, Mac lalu, di mana dia layak ke peringkat separuh akhir.
"Saya masih lagi mampu untuk layak ke Sukan Olimpik dan saya perlu mengutip mata dalam setiap kejohanan yang bakal disertai selepas ini."