Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, antara lima atlet yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai Program Road to Gold.
Program RTG yang diperkenalkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, merupakan inisiatif bagi membantu atlet negara membuat persiapan memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik.
"Selepas banyak pertimbangan, kami telah memutuskan untuk tidak menerima tawaran untuk dimasukkan ke dalam Program Road To Gold." menurut kenyataan yang dikeluarkan Team LZJ.
"RTG adalah program yang dikhaskan untuk yang terbaik dari yang terbaik di negara ini dan memandangkan Zii Jia masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaannya, kami berasakan bantuan yang sewajarnya daripada program itu perlu diberikan kepada rakan senegara yang lebih berjasa buat masa ini.
"Walaupun Zii Jia tidak akan menjadi sebahagian daripada Program RTG, kami amat menghargai peluang yang diberikan kepadanya dan kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa RTG khususnya kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam kerana meluangkan masa untuk bertemu Zii Jia secara peribadi."

Official Statement on The RTG Programme.#DareToDream #OwnYourAttitude #BeyondTheLimit #ShuttleHard pic.twitter.com/0QaNTeZ5Ez
— Team LZJ (@TeamLZJ) June 10, 2025