Skip to main content

Badminton

Ini cara dia lepaskan tekanan -- Ini nasihat Liu Ying buat Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liu.jpg
"Ini zaman media sosial, tekanan itu akan sentiasa ada, jadi dia kena cari cara untuk seimbangkan diri dia semula"

Berikut antara nasihat bekas beregu campuran nombor satu negara, Goh Liu Ying, buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, dalam mengawal aspek tekanan ketika bergelar atlet.

Olimpian negara itu turut berkongsikan bahawa tekanan adalah perkara biasa sebagai seorang atlet, namun langkah berani perlu diambil segera untuk kembali 'seimbang' agar tidak terus meruncing.

Sebelum ini, Zii Jia menimbulkan kerisauan terhadap peminat selepas berkongsi beberapa lakaran gambar di Instagramnya sekali gus menimbulkan tanda tanya.

"Tekanan memang sentiasa ada pada semua atlet, cuma banyak atau kurang sahaja. Namun kalau sudah sampai tahap tidak boleh kawal, memang kena jumpa pakar psikologi.

"Bagi saya, perkara ini sangat biasa. Masa sebelum Olimpik pun, saya ada jumpa psikologi. Apa yang penting, pemain itu sendiri kena berani untuk mengakui dia ada masalah dan perlu bantuan.

"Saya rasa ini cara dia lepaskan tekanan. Orang luar mungkin tak faham, tetapi dia sendiri tahu apa yang dia rasa.

"Penaja pun akan mula tanya bila boleh turun semula ke gelanggang. Jadi, dia bukan saja lawan sakit fizikal, tapi juga tekanan untuk pulih dan kembali beraksi dengan prestasi terbaik." katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Advertisement

Must Watch Video