BADMINTON
Ini 18 wakil negara ke Kejohanan Badminton Asia
Gandingan ranking kedua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, bakal mengetuai 18 wakil Malaysia ke Kejohanan Badminton Asia 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 8 sehingga 13 April di Ningbo, China.
Naib juara edisi 2024 akan ditemani tiga lagi gandingan beregu lelaki, termasuk Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Arif Junaidi-Yap Roy King dan pemenang pingat gangsa edisi lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Dalam pada itu, perseorangan lelaki, Justin Hoh, perlu mengharungi cabaran aksi kelayakan selepas menggantikan slot Lee Zii Jia, yang sedang dalam proses pemulihan kecederaan ligamen buku lali dan tidak akan sertai mana-mana kejohanan selama tiga bulan selepas permohonan 'Protected Ranking'.
Iklan
Dua lagi pemain perseorangan lelaki yang bakal beraksi adalah Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao.
Kategori beregu wanita juga menyaksikan empat wakil negara akan berentap di China, di mana gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M,Thinaah, akan ditemani Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dalam pusingan pertama tetapi Ong Xin Yee-Carmen Ting & Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin akan harungi saingan kelayakan.
K.Letshanaa dan Wong Ling Ching juga akan harungi cabaran kelayakan perseorangan wanita manakala Goh Jin Wei bersiap sedia dalam pusingan pertama.
Perang dingin yang sedang berlaku di antara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memaksa mereka untuk direhatkan, sekali gus terlepas cabaran edisi kali ini, namun Yap Roy King-Valeree Siow tampil mengantikan mereka ditemani pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dan dua lagi beregu campuran, iaitu Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.
Mampukah kem negara mara lebih jauh di kejohanan kali ini? Mari sama-sama kita beri sokongan padu kepada atlet kebangsaan kita!
Must-Watch Video