Hari ini tumpuan tertumpu kepada dua wakil negara yang akan bermain di pentas akhir kejohanan berstatus Super 1000 dalam Terbuka China, sebentar nanti.

Juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, mahu melebarkan sayap kemenangan selain pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, juga berhasrat untuk menggondol kejuaraan tersebut.



Saksikan secara langsung dua wakil negara dalam aksi final itu menerusi Saluran Astro Supersport 814 dan strim di Astro Go.