Individu-individu penting badminton dunia kelihatan beramai-ramai mengucapkan tahniah kepada Ong Yew Sin selepas pemain beregu lelaki negara itu mengumumkan pertunangannya dengan bekas perseorangan Jepun, Aya Ohori, sebentar tadi.
Seperti yang dapat dihidu peminat badminton tempatan sebelum ini, persoalan mengenai hubungan kedua-dua individu itu akhirnya terjawab apabila Yew Sin mengirimkan sekeping foto pertunangan mereka di laman sosialnya.
Meninjau ke rangan komen, ramai nama-nama besar badminton dunia mengucapkan tahniah kepada pasangan itu, antaranya legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, dan bekas ketua jurulatih bahagian beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Turut kelihatan ucapan dari bekas juara dunia perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew, jaguh beregu lelaki Korea Selatan, Seo Seung Jae, pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik dari Taiwan, Lee Yang, dan gandingan beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.
Turut mengucapkan tahniah ialah bekas-bekas pemain negara seperti Vivian Hoo dan Lai Pei Jing, selain legenda badminton para negara, Cheah Liek Hou.