Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menghadiahkan pingat gangsa pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, edisi lalu.

Gandingan nombor satu negara itu meraih pencapaian yang tidak disangka-sangka selepas diundi bertemu lawan yang hebat dalam aksi kalah mati ketika kali pertama bermain di peringkat tertinggi itu.

Mereka menundukkan cabaran daripada bekas ranking pertama dunia, Marcus Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, dalam suku akhir dengan keputusan 21-14, 21-17 untuk berdepan wakil dari China.

Namun, kemaraan tersebut disekat saat akhir selain menutup peluang kontinjen Malaysia untuk menggondol pingat emas pertama negara.

Berbekalkan semangat daripada rakan sepasukan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi mencipta magis apabila berhasil menewaskan pasangan veteren Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, dalam penentuan tiga set bagi memastikan pingat pertama negara berada dalam tangan.

Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, memberi tekanan awal kepada kem negara dalam pertarungan mendebarkan di Plaza Sukan Musashino Forest itu apabila menawan set pertama 21-17 walaupun saling bertukar-tukar mata pada awal pertarungan.

Di kedudukan 19-13, beregu negara berusaha untuk tidak terbawa-bawa yang menyaksikan Wooi Yik sempat mengurut dadanya sebelum Aaron membenamkan bulu tangkis ke sebelah kanan Hendra untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 52 permainan.