Skip to main content

Badminton

Hubungan baik tapi tidak sertai BAM semula -- Goh Sze Fei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

szefei.jpg
Pemain badminton beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei, menidakkan spekulasi bakal bergabung semula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 

Timbul khabar angin berkenaan Sze Fei bersama gandingannya, Nur Izzuddin Rumsani akan membuat pusingan U untuk kembali bersama badan induk itu, namun belum dipastikan kebenarannya.

Sze Fei memuat naik satu kenyataan di Instagramnya yang menafikan berita tersebut, sekali gus memberikan bayangan bahawa mereka tidak akan kembali menyertai BAM. 

Naib juara Terbuka Jepun itu menegaskan mereka gembira dengan status selaku pemain profesional dan semakin mengasah prestasi cemerlang di bawah kendalian jurulatih, Teo Kok Siang.




Begitupun, Sze Fei menjelaskan bahawa hubungan mereka dengan BAM kekal baik dan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Kami sentiasa menghargai BAM yang selalu memberikan sokongan kepada kami," katanya.

Bekas beregu nombor satu dunia itu merangkul gelaran pertama musim ini menerusi kejuaraan Terbuka India. 

Advertisement

Must Watch Video