Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin enggan berehat lama
Shaiful Shamsudin
Disember 3, 2024 16:13 MYT
Disember 3, 2024 16:13 MYT
Walaupun sesetengah pemain sudah pun menutup tirai kempen kejohanan tahun ini tetapi untuk mengekalkan momentum sedia ada, mereka tetap menjalani latihan intensif seperti biasa.
Ini kerana tahun 2025 dibuka dengan kejohanan badminton berprestij iaitu Terbuka Malaysia yang berlangsung 9 hingga 14 Januari tahun hadapan.
Lantaran itu, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, tiada masalah dengan jadual padat sebagai seorang atlet walaupun kedengarannya kejohanan paling hampir untuknya adalah pada bulan depan dan mereka sepatutnya menjalani tempoh berehat yang lebih panjang.
Cukup dengan dua minggu waktu rehat untuk dinikmati, fokusnya lebih tertumpu untuk mempamerkan aksi lebih garang dalam saingan Terbuka Malaysia bulan depan.
"Kemenangan pasti akan melonjakkan keyakinan kami dalam setiap peringkat kejohanan.
"Apa yang penting adalah bagaimana memastikan prestasi kami tidak merudum terlalu banyak.
"Kami tidak mahu berehat terlalu lama, apatah lagi karier sebagai atlet tidak terlalu lama.," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Su Yin pula mengakui ada beberapa kelemahan di bahagian hadapan jaring yang perlu diperbaiki dalam kesempatan selama sebulan ini.