BADMINTON
Herry IP paksa beregu lelaki negara guna pendekatan 'no lifting'
Beregu lelaki negara digesa untuk menggunakan pendekatan 'no lifting' dalam permainan seperti yang dituntut oleh ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi.
Ia bermakna, corak permainan pemain negara selepas ini akan tertumpu kepada pukulan mendatar (drive) tanpa perlu mengangkat bola tinggi.
"Pola permainan saya 'no lift' jadi saya harus paksakan mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Iklan
"Selama lebih seminggu ini, ia cukup baik. Ada perubahan dan perkembangannya cukup baik."
Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena di saluran 801 pada jam 7.30 malam ini.
Prinsip 'No Lifting' diterapkan Herry Iman Pierngadi kepada pemain beregu lelaki negara.Jelasnya, pemain perlu kurang melakukan lifting dan perlu lebih bermain secara drive untuk terus memenangi gelaran di peringkat dunia.More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/g9Aj6GSt6C— Faizal Bazari (@faizalbazario) February 11, 2025
Must-Watch Video