Kejohanan badminton tertua dunia, Kejohanan Seluruh England, akan kembali membuka tirai dengan saingan edisi ke-114 bakal menemui anda di Arena Birmingham bermula esok.
Secara kebetulan, pada tarikh hari ini, 17 tahun lalu, bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, mencipta sejarah bergelar juara Seluruh England, juga di Arena Birmingham.
Kien Keat dan Boon Heong mula digandingkan oleh jurulatih, Rexy Mainaky, sebagai persiapan menuju ke Sukan Asia Doha 2006 dan mereka kemudian berhasil menjadi naib juara Terbuka Jepun.
Tidak lama kemudian, gandingan itu mula menempa nama dengan meraih emas di Doha dengan menewaskan jaguh China, Chai Yun-Fu Haifeng, dalam aksi final, sekali gus menjadi beregu lelaki termuda memenangi emas acara berkenaan, di mana Kien Keat berusia 21 tahun dan Boon Heong pula 19 tahun.
Momentum kemenangan itu dibawa ke tahun seterusnya, yang menjadi tahun terbaik dalam karier mereka. Kien Keat-Boon Heong menjuarai Terbuka Malaysia pada Januari tahun itu sebelum melangkah ke Kejohanan Seluruh England di Birmingham pada 6 Mac 2007.
Rentak gemilang mereka bermula dalam pusingan pertama dengan menewaskan pasangan Indonesia, Sigit Budianto-Fran Kurniawan (23-21, 21-18) dan seterusnya menidakkan cabaran satu lagi beregu Indonesia, Luluk Hadiyanto-Alvent Yulianto (22-20, 21-15) dalam pusingan kedua.
Dalam suku akhir, mereka berdepan beregu Korea Selatan, Han Sang-hoon-Yoo Yeon-seong, yang ditewaskan 21-17, 23-21 sebelum dicabar pasangan Denmark, Jens Eriksen-Martin Lundgaard Hansen, dalam separuh akhir yang turut ditundukkan mudah 21-15, 21-13.
Sekali lagi, mereka bertemu beregu nombor satu dunia ketika itu, Chai Yun-Fu Haifeng, di pentas akhir yang berlangsung pada 11 Mac. Hanya 39 minit diperlukan untuk Kien Keat-Boon Heong menumbangkan pasangan China itu 21-15, 21-18 untuk bergelar juara All England.
Kejayaan itu menjadikan Kien Keat-Boon Heong pasangan Malaysia ketujuh memenangi acara beregu lelaki All England sejak ia mula diperkenalkan pada 1899, 25 tahun selepas kali terakhir dimenangi oleh Razif Sidek-Jailani Sidek pada 1982.
Mereka kemudian memenangi beberapa lagi kejohanan dan akhirnya bertakhta sebagai beregu lelaki nombor satu dunia pada tahun berkenaan.
Anda boleh saksikan aksi pusingan pertama Kejohanan Seluruh England 2024 di Saluran Astro Arena HD Saluran 801 bermula jam 6:00 petang esok.